PENGGUNAAN LOGO JATA NEGARA SEBAGAI BENDERA RASMI JABATAN

Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 November 2016 dan Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2016 telah memutuskan supaya semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan menggunakan logo Jata Negara sebagai logo rasmi kementerian dan Agensi Kerajaan kecuali agensi-agensi Kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Keputusan ini merangkumi semua surat rasmi, bangunan-bangunan Kerajaan dan majlis-majlis rasmi kerajaan.Melalui keputusan ini maka jelaslah bahawa penggunaannya adalah tidak terhad kepada cetakan kepala surat sahaja.  
 
Penjelasan lanjut berhubung perkara ini bolehlah terus dirujuk ke Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri.
 
(i)               semua kementerian dan agensi pusat yang menggunakan logo masing-masing menggantikannya dengan Jata Negara sebagai logo rasmi bermula 1 Januari 2017 selaras dengan persetujuan Cabinet Away Day (CAD) 2016; dan
 
(ii)             bagi tujuan contoh, penggunaan logo rasmi yang dinyatakan ialah pada cetakan kepala surat (letterhead), tetapi kelonggaran boleh diberi kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian yang menggunakan logo masing-masing sehingga stok cetakan kepala surat sedia ada habis digunakan.
 

Comments

Popular posts from this blog

PEMAKLUMAN BERHUBUNG DEFINASI DAN KRITERIA ASET